Lawatan Susulan Ke Rumah Baitu Saidati Khadijah


Pada 28 Julai 2009, satu lawatan susulan ke Rumah Anak Yatim Baitu Saidati Khadijah yang mana pada kali program tersebut telah dianjurkan secara bersama antara Pemuda Bandar Fasa 5 Melawati, Pemuda Bandar Melawati dan Pemuda Melawati Tengah. Pihak kami cukup berbesar hati di atas kehadiran Ketua UMNO Bahagian Gombak ke program ini. Kepada para penaja pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih. Budi baik anda tidak dapat kami balas.

PERASMIAN BERKELOMPOK PERSIDANGAN CAWANGAN DUN HULU KELANG



24hb Mei 2009. Taman Melawati

Seramai 800 orang telah hadir di Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan DUN Hulu Kelang pada hari Ahad, 24hb Mei 2009 pada jam 4.30 petang di Lot 4832 Jalan H1, Fasa 5 Taman Melawati, Hulu Kelang.

Tujuan utama perasmian berkelompok ini adalah untuk menggerakkan ahli UMNO di DUN Hulu Kelang bagi menghadapi Pilihanraya UMUM yang ke 13. Dengan kehadiran yang menggalakkan dari kalangan Ketua-Ketua Cawangan dan ahli-ahli parti termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri ini merupakan langkah awal bagi mengembalikan semula semangat perjuangan ahli parti untuk mengembalikan semula DUN Hulu Kelang kepada tangan UMNO.

Kami mengucapkan Tahniah dan Terima Kasih kepada semua Ketua Cawangan dan Ahli-Ahlinya yang mana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti.

petikan UMNO Gombak

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Batu 8 Gombak



Pada 29 Disember 2008 bersamaan 1 Muharram 1430, ahli-ahli Pemuda UMNO Cawangan Bandar Fasa 5 Melawati telah mengadakan satu lawatan ke Rumah Kebajikan Dan Miskin Baitu Saidati Khadijah, Batu 8 3/4 Gombak. Sehubungan dengan itu, sedikit sumbangan berbentuk wang dan makanan telah dihulurkan hasil dari kutipan derma dari ahli-ahli Pemuda.

Bantuan Kemanusiaan Kepada Mangsa Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa


Pada 7/12/2008 seramai 4 orang ahli Pemuda UMNO Bandar Fasa 5 Melawati digerakkan ke kawasan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang mana telah mengorbankan 5 nyawa, mencederakan 15 orang serta memusnahkan 14 unit bungalow. Skuad ini yang telah diketuai oleh Ketua Pemuda Cawangan sendiri telah digerakkan bagi membantu Skuad Bencana Alam UMNO Bahagian Gombak.

Program Percutian Prihatin 2008


Pada 14-16 November 2008 Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bandar Fasa 5 Melawati, Gombak telah menganjurkan Program Percutian Prihatin 2008 Asrama Baitul Ummah, Setapak Indah ke Pulau Langkawi dengan kerjasama Caaz Services, Majalah Libur, Sinar Harian dan BRF Travel.