28 Mei 2009

PERASMIAN BERKELOMPOK PERSIDANGAN CAWANGAN DUN HULU KELANG

24hb Mei 2009. Taman Melawati

Seramai 800 orang telah hadir di Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan DUN Hulu Kelang pada hari Ahad, 24hb Mei 2009 pada jam 4.30 petang di Lot 4832 Jalan H1, Fasa 5 Taman Melawati, Hulu Kelang.

Tujuan utama perasmian berkelompok ini adalah untuk menggerakkan ahli UMNO di DUN Hulu Kelang bagi menghadapi Pilihanraya UMUM yang ke 13. Dengan kehadiran yang menggalakkan dari kalangan Ketua-Ketua Cawangan dan ahli-ahli parti termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri ini merupakan langkah awal bagi mengembalikan semula semangat perjuangan ahli parti untuk mengembalikan semula DUN Hulu Kelang kepada tangan UMNO.

Kami mengucapkan Tahniah dan Terima Kasih kepada semua Ketua Cawangan dan Ahli-Ahlinya yang mana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti.

petikan UMNO Gombak

15 Januari 2009

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Batu 8 Gombak

Pada 29 Disember 2008 bersamaan 1 Muharram 1430, ahli-ahli Pemuda UMNO Cawangan Bandar Fasa 5 Melawati telah mengadakan satu lawatan ke Rumah Kebajikan Dan Miskin Baitu Saidati Khadijah, Batu 8 3/4 Gombak. Sehubungan dengan itu, sedikit sumbangan berbentuk wang dan makanan telah dihulurkan hasil dari kutipan derma dari ahli-ahli Pemuda.

Majlis Penyerahan Sumbangan Oleh Ketua Pemuda Cawangan


05 Januari 2009

Bantuan Kemanusiaan Kepada Mangsa Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa

Pada 7/12/2008 seramai 4 orang ahli Pemuda UMNO Bandar Fasa 5 Melawati digerakkan ke kawasan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang mana telah mengorbankan 5 nyawa, mencederakan 15 orang serta memusnahkan 14 unit bungalow. Skuad ini yang telah diketuai oleh Ketua Pemuda Cawangan sendiri telah digerakkan bagi membantu Skuad Bencana Alam UMNO Bahagian Gombak.


Berkumpul sementara menanti ketibaan Ketua UMNO Bahagian Gombak dan Ketua UMNO Cawangan Bandar Fasa 5 Melawati sebelum bergerak ke tempat kejadian.


Ketibaan Ketua UMNO Cawangan Bandar Fasa 5 Melawati


Ketibaan Ketua UMNO Bahagian Gombak


Kerja-kerja penghantaran bantuan kepada penduduk yang terputus hubungan sedang dijalankan.


Ketua UMNO Cawangan Bandar Fasa 5 Melawati melawat ke tempat kejadian.


Ketua UMNO Bahagian Gombak melawat ke tempat kejadian.


Bantuan makanan seperti biskut yang bakal diagihkan kepada penduduk yang terputus hubungan.


Taklimat telah diberikan kepada Ketua Menteri Melaka. Turut kelihatan Timbalan Ketua Polis Negara dan Ketua UMNO Bahagian Gombak.




Bilik Gerakan Unit Bencana Alam UMNO Gombak


Pelancaran Tabung Bantuan Bencana Alam Bukit Antarabangsa anjuran bersama Barisan Nasional Bahagian Ampang, Gombak, Pandan dan RTM.

20 November 2008

Program Percutian Prihatin 2008

Pada 14-16 November 2008 Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bandar Fasa 5 Melawati, Gombak telah menganjurkan Program Percutian Prihatin 2008 Asrama Baitul Ummah, Setapak Indah ke Pulau Langkawi dengan kerjasama Caaz Services, Majalah Libur, Sinar Harian dan BRF Travel.