PERASMIAN BERKELOMPOK PERSIDANGAN CAWANGAN DUN HULU KELANG



24hb Mei 2009. Taman Melawati

Seramai 800 orang telah hadir di Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan DUN Hulu Kelang pada hari Ahad, 24hb Mei 2009 pada jam 4.30 petang di Lot 4832 Jalan H1, Fasa 5 Taman Melawati, Hulu Kelang.

Tujuan utama perasmian berkelompok ini adalah untuk menggerakkan ahli UMNO di DUN Hulu Kelang bagi menghadapi Pilihanraya UMUM yang ke 13. Dengan kehadiran yang menggalakkan dari kalangan Ketua-Ketua Cawangan dan ahli-ahli parti termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri ini merupakan langkah awal bagi mengembalikan semula semangat perjuangan ahli parti untuk mengembalikan semula DUN Hulu Kelang kepada tangan UMNO.

Kami mengucapkan Tahniah dan Terima Kasih kepada semua Ketua Cawangan dan Ahli-Ahlinya yang mana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti.

petikan UMNO Gombak

2 ulasan:

UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...

Salam Perjuangan,

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Pemuda UMNO Bandar Fasa 5 Melawati kerana telah mempunyai ruangan blog untuk tatapan masyarakat.

Apa yang kami harapkan kita dapat bekerjasama dengan baik dalam menyiarkan aktikel2 bagi menjawab segala persoalan dan dakyah2 yang dilemparkan oleh pembangkang. Ini penting bagi membuktikan kepada masyarakat terutamanya pengundi agar tidak terpengaruh dengan dakyah mereka.

Ketua UMNO Cawangan kami, En. Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Kasih khas buat anda.

Ketua Pemuda UMNO Cawangan kami, Sdr. Mohd Radzi Omar (Endy) juga mengucapkan Salam Persahabatan khas buat anda.

Sekian, Ikhlas dari,

Shamsury Mohd Salleh
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
BAHAGIAN WANGSA MAJU.

ps : Blog anda kini dalam senaraikan antara blog pilihan di dalam blog kami...

GPMS Cawangan Wangsa Maju berkata...

Salam Perjuangan,

Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dalam melaksanakan prgm2 yang mampu membangkit semangat belia untuk terus berjuang.

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS Cawangan Wangsa Maju,
Wilayah Persekutuan.

PS : Blog anda kami senaraikan antara blog pilihan di dalam blog kami.